Maklumat Kerja

PELUANG PEKERJAAN

Pekerjaan Yang Ditawarkan

Jenis pekerjaan yang ditawarkan dari masa ke semasa adalah seperti berikut:

Peringkat Separa Mahir dan Perkeranian (SPM dan sijil kemahiran)

  1. Juruelektrik / Chargeman
  2. Penyelia 
  3. Kerani / Cashier
  4. Pembaca meter
  5. Pembantu operasi di unit-unit seperti:
  •  
    • Loji rawatan air
    • Agihan/pembaikian paip
    • Pengutkuasa
    • Tukar meter/sambungan baru
    • Telaga Tiub
    • Kenderaan

Peringkat Diploma/ Ijazah

  1. Pengurus
  2. Jurutera Awam
  3. Jurutera Elektrikal/Mekanikal
  4. Eksekutif
  5. Pegawai Akaun
  6. Penguasa
  7. Pegawai Pembangunan Perniagaan
  8. Penyelia

 

Spesifikasi kerja dan spesifikasi personel akan dimaklumkan melalui iklan yang disiarkan di ruangan PELUANG PEKERJAAN.

Bagi semua pemohon, anda dikehendaki mempunyai lesen memandu kelas B2 atau D (mengikut kesesuaian kerja) dan sijil kemahiran menggunakan aplikasi komputer iaitu MS Word dan MS Excel.

Iklan

AKSB akan mengiklankan jawatan-jawatan kosong dari masa ke semasa dalam laman web ini. Lihat PELUANG PEKERJAAN.

Bagaimana Memohon

Menulis surat permohonan, biasanya terdiri dari dua bahagian iaitu melalui:

Surat Pemohonan

Ialah cara profesional untuk memperkenalkan diri anda dan ianya mestilah:

  • Pendek dan tepat
  • Menyatakan jawatan yang dipohon
  • Menggunakan kertas putih kosong saiz A4
  • Menyatakan sebab-sebab anda adalah calon yang sesuai
  • Menyatakan kemahiran yang anda miliki
  • Menjelaskan kenapa anda yakin jawatan tersebut sesuai untuk anda
  • Sudahi surat dengan ‘Yang benar’

Resume

Merupakan bahagian penting sesuatu permohonan pekerjaan dan ianya mestilah ditaip dengan baik di atas kertas putih kosong saiz A4, tidak melebihi 2-3 mukasurat, ringkas, kemas serta tanpa kesilapan ejaan dan tatabahasa. Kandungan resume adalah seperti berikut:

BUTIR-BUTIR PERIBADI : bahagian pertama resume hendaklah menyatakan nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan

MAKLUMAT PENDIDIKAN : senaraikan kelulusan, bidang pengajian, projek penyelidikan atau tesis dan Universiti/Kolej/Sekolah yang dihadiri termasuk tarikh-tarikh berkenaan

MAKLUMAT PEKERJAAN : Semua Pengalaman kerja termasuklah latihan ilmiah yang disediakan oleh sekolah atau kerja musim cuti. Jangan biarkan tempoh yang panjang yang tidak diambilkira. Nyatakan nama dan alamat majikan

KEMAHIRAN : beri keterangan lanjut mengenai kemahiran yang anda miliki

LAIN-LAIN MAKLUMAT : nyatakan sekiranya anda adalah ahli sesuatu badan profesional, sukan atau badan amal

RUJUKAN : beri nama, alamat dan nombor telefon dua orang yang boleh dibuat rujukan mengenai diri anda

Penyenaraian Pendek

Sekiranya anda memenuhi keprluan minimum, anda akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebelum ditemuduga, anda perlu hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa yang dinyatakan. Pakaian hendaklah kemas. Anda hendaklah mengambil tindakan berikut:-

Mengisi Borang Permohonan

Pastikan anda:

  • Membaca semua arahan dengan teliti
  • Bertanyakan soalan sekiranya kurang faham
  • Mengisi borang dengan tulisan yang jelas
  • Memenuhi semua ruangan
  • Tandatangan borang permohonan
  • Sediakan 2 keping gambarfoto berwarna

Menduduki Ujian Bertulis

Bagi semua jawatan, anda diwajibkan menduduki ujian menggunakan MS Word dan MS Excel

Bagi jawatan peringkat Ijazah dan Diploma, ujian bertulis spesifik kepada setiap jawatan akan diadakan. Ianya dalam lingkungan 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada jawatan yang dipohon.

Ujian-ujian ini amatlah penting untuk anda membuat persediaan rapi.

Semasa Temuduga

  • Pastikan datang awal.
  • Berpakaian dengan kemas dan sopan
  • Beri salam atau ucap selamat kepada panel temuduga dengan baik dan sopan
  • Pastikan anda dalam keadaan tenang
  • Jawab soalan dengan logik dan jelas
  • Beri ucapan terima kasih apabila temuduga tamat

Selepas Temuduga

Bagi mereka yang berjaya akan dimaklumkan tentang keputusan temuduga dalam masa terdekat.

Sekiranya ada apa-apa kemusykilan dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di alamat dan nombor telefon berikut

 

Ketua Jabatan Sumber Manusia & Teknologi Maklumat
AIR KELANTAN SDN BHD
Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Tel : 09-7437777
Faks : 09-7472030
Attachments:
FileDescriptionFile sizeLast Modified
Download this file (borang-kerja.pdf)Borang Permohonan Kerja 50 Kb02/02/09 02:43
Berita AKSB Peluang Pekerjaan