Kata-kata Aluan Pengurus Besar

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pengguna dan pelanggan yang dihormati,

Selamat Datang ke Laman Web Interaktif Air Kelantan Sdn Bhd.

Sekalung Syabas dan Tahniah kepada Komiti Laman Web AKSB kerana telah bertungkus lumus mengerah idea dan mendapatkan maklumat dalam membangunkan wajah baru laman web AKSB. Semoga dengan wujudnya laman web ini segala maklumat terkini dapat disalurkan dengan lebih pantas kepada pengguna.

Penjenamaan semula laman web ini dibuat sejajar dengan langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kami kepada pengguna menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemangkin. Laman web ini dibangunkan secara interaktif bertujuan mempermudahkan pengguna mencari maklumat selain memberi wajah baru yang lebih segar.

Adalah diharapkan semua pihak mendapat manfaat sepenuhnya dari maklumat yang terkandung dalam halaman ini. Pihak AKSB sentiasa bersedia dan mengalukan apa-apa cadangan dan ulasan dari anda dalam membantu kami menjayakan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua.

Akhir kata, pihak Air Kelantan Sdn Bhd mengalukan-alukan pelayaran anda ke laman web kami.

Sekian, terima kasih.

MOHD SUHAIMI MOHD JUSOH

PENGURUS BESAR AIR KELANTAN SDN BHD

Profil AKSB