SEMARAK SYAWAL TERUS DIRASAI
Majlis yang penuh meriah dan berwarna warni ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Tuan Guru Menteri Besar pada hari Khamis, 12 Syawal 1430 H/1 Oktober 2009 di Perkarangan tempat letak kereta PMBK yang turut dihadiri oleh EXCO Kerajaan negeri, ahli yang berhormat serta tetamu khas dari kaum India dan China dan tetamu jemputan yang lain.
Bagi kakitangan yang bernaung di bawah Bangunan PMBK, semarak syawal dapat dirasakan dengan dengan kehadiran kakitangan masing-masing, peluang ini digunakan dengan sebaiknya untuk merapatkan ukhuwah sesama kakitangan dan bermaafan di antara satu sama lain
Dengan tema “ Tangan dihulur, Maaf dipinta” sebanyak 9 gerai dibuka dengan berbagai juadah hariraya dihidangkan untuk dinikmati oleh pengujung yang disasarkan seramai 500 orang yang terdiri dari berbagai jabatan dan egensi swasta.
Kemeriahan ini terus berlanjutan pada hari Ahad 29 Syawal 1430 H bersamaan 18 Oktober 2009, apabila Air Kelantan sekali lagi dijemput oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan untuk turut sama mengambil bahagian dalam majlis hari raya yang diadakan di kediaman Menteri Besar, JKR 10 Kg Sireh, Kota Bharu. Air Kelantan menyediakan menu yang berkaitan dengan air iaitu Air Chendol, Kelapa Muda, ABC, Kelapa Jelly dan sebagainya.
Penyediaan gerai makanan dan buah-buahan turut disertai oleh Pejabat Menteri Besar MPKBBRI ,PKINK, Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (PURNAMA), PMBK dan lain-lain.
Yang menariknya majlis ini dihadiri oleh semua lapisan masyarakat seperti ahli yang berhormat, pemimpin agama dari pelbagai kaum, Imam, anak yatim, pegawai tadbir agama, pengawa dan sebagainya.
Kemuncak majlis hari raya adalah Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kakitangan Awam Negeri Kelantan yang diadakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sebagai penyelaras pada hari Rabu, 28 Oktober 2009, di Kompleks Kota Darulnaim, majlis ini diadakan bersempena hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri yang dihadiri oleh semua ahli yang berhormat pihak kerajaan dan pembangkang.
Sebagaimana lazimnya Air Kelantan Sdn Bhd turut memeriahkannya bersama agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Jajahan, JKR, JPS, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat, Pejabat Agama, Badan berkanun dan Agensi swasta yang lain.
Semoga dengan adanya majlis ini dapat digunakan sebagai jambatan untuk membina ukhuwah yang mantap kepada semua kakitangan yang terlibat dan juga orang ramai disamping menikmati pelbagai juadah yang disediakan.