Penyaksian Ujian Pam di German
Telah menjadi amalan Air Kelantan Sdn Bhd menghantar wakilnya bersama-sama dengan Perunding Projek untuk menjalankan penyaksian pengujian pam-pam yang dibeli oleh kontraktor sebelum pam-pam tersebut dihantar ke tapak bina.
Justeru itu, pada 18 Oktober 2009 sehingga 26 Oktober 2009, Ir. Hj. Wan Mohd Zamri b. W. Ismail, Ketua Jabatan Pembangunan Teknikal serta Hj Iskandar Abd Rahman, Ketua Unit Teknikal telah membuat lawatan kerja ke Cologne, German. Bersama mereka ialah dua orang wakil dari pihak perunding yang mengawasi Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Loji Baru Berkapasiti 10 MLD dan membaik pulih Loji Rawatan Air Sedia ada Berkapasiti 4 MLD di Jeli, Kelantan.
Disana mereka didedahkan dengan pengetahuan teori dan teknikal mengenai pembuatan pam selam dan penyaksiannya. Mereka juga berpeluang melawat Loji Rawatan Air (LRA) di Dusseldorf yang berkapasiti 40 MLD. Loji tersebut dibina pada tahun 1962,mengunakan sistem ‘lateral well’ ozon dan klorin dioksida sebagai disinfeksi. Pihak AKSB telah pun mula menggunakan sistem ‘lateral well’ ini di LRA Jeli dan Pintu Geng dalam proses menaik taraf loji-loji tersebut.
Semua maklumat, pengetahuan serta kaedah inovasi yang terkini berkaitan dengan pengurusan sistem bekalan air bersih yang diperolehi dari lawatan kerja akan diaplikasikan sepenuhnya dalam perancangan pengurusan oleh Air Kelantan.
Insya Allah.