Air Kelantan telah menghantar 2 orang wakil iaitu En. Yusoff Yaacob, Pengurus Penyelenggaraan dan Tg. Iskandar Tg Ismail, Jurutera Awam ke Wuxi, dan Xiamen/Zhangzhou, China pada 8hb hingga 13hb November 2009 untuk pengesahan ujian ‘Factory Acceptance Test’ (FAT) bagi 2 unit pam air bersih. Turut serta ialah dua orang wakil Perunding Nusajasa Sdn. Bhd. serta wakil dari pihak kontraktor.
Pengesahan ke atas ujian adalah penting bagi memastikan pam yang dibekalkan melalui Projek Skim Bekalan Air Jeli memenuhi kriteria dan spesifikasi sebagaimana ditetapkan.
Disamping FAT, program lawatan teknikal turut diatur dengan melawat dua buah loji rawatan air yang terletak di Xiamen, China. Loji ini berkonsepkan ‘low maintenance cost’. Pihak mereka lebih mementingkan operasi ‘manual’ berbanding automasi tetapi berupaya membekalkan air yang cukup berkualiti dan bekalan yang mencukupi
Kedua-dua Pegawai yang hantar untuk lawatan kerja berpuas hati dan menyatakan keseluruhan lawatan yang disertai mencapai matlamat syarikat. Kedua-dua unit pam yang dibeli melalui ujian FAT menepati kehendak spesifikasi tender.
Pendedahan infomasi kepada kakitangan AKSB perlu dibuat secara berterusan bagi memastikan teknologi atau kaedah yang digunapakai di tempat lain dapat memberi input yang positif kepada AKSB dalam merancang strategi pengeluaran yang lebih efefektif kepada penduduk Kelantan khasnya.