BOWLING AKSB BERSAMA MEDIA BERLANGSUNG MERIAH
AKSB melalui Unit Hal Ehwal Pelanggan telah menganjurkan pertandingan bowling persahabatan antara AKSB bersama wakil media pada 28 Julai 2009, bertempat di Pacific Bowl, KB Mall baru-baru ini.
Pertandingan kali pertama yang diadakan ini berjaya mengumpulkan seramai 48 orang, iaitu 24 wakil AKSB serta 24 orang juga dari wakil media. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang sudah sedia terjalin antara AKSB dan wakil media di Kelantan.
Pasukan lelaki AKSB yang diketuai oleh Pengurus Besar turut diwakili oleh KJ Operasi/Perkhidmatan Pelanggan, KJ Sumber Manusia/IT, Pengurus-pengurus Wilayah, KOJ dari KBT, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat serta Eksekutif Pentadbiran.
Manakala 12 orang pasukan wanita AKSB pula terdiri dari eksekutif, pegawai serta kerani HEP dari Pasir Mas.
Pihak media pula terdiri dari wakil-wakil daripada Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Siasah, Harakah, Metro, Nan Yang Siang Pau & Guan Ming Daily.
Dalam pertandingan ini, kategori individu lelaki telah dimenangi oleh Tuan Fairul Tuan Ismail dari AKSB, manakala naib juara pula Mohd Nazri dari Utusan Malaysia.
Kategori individu wanita juga dimenangi oleh AKSB, melalui Aftisa Ahmad Fahmy dan naib juara wakil Sinar Harian iaitu Sepinah Abd Ghani.
Acara berpasukan lelaki dari AKSB iaitu Tuan Fairul, Hj Saidy & Amran Che Ghani telah berjaya menewaskan pasukan dari Utusan Malaysia, dan pasukan wanita AKSB terdiri dari Aftisa Ahmad Fahmy, Raja Nor Aziha & Fauziah Md Zain juga memenangi acara berpasukan wanita dengan menewaskan pasukan dari Sinar Harian.
Pada masa akan datang, pihak AKSB juga bercadang untuk mengadakan perlawanan-perlawanan lain seperti bolajaring, futsal, badminton dan sebagainya untuk mendekatkan lagi hubungan baik antara pihak media secara berterusan.
Laporan PINTAS untuk Buletin AKSB.
Hazwan Hassan
16.08.09